Thursday 16 June 2016

Aku Membaca Lagi - (Razali Mohd Yussof)

Aku Membaca Lagi - (Razali Mohd Yussof)

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama - Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Rangkap kedua - Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

Rangkap ketiga - Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.

Rangkap keempat - Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Rangkap kelima - Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.



TEMA - Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

PERSOALAN

1.       Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan. Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2.       Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang. Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

3.       Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu. Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

BENTUK SAJAK
 
1.       Terdiri daripada lima rangkap

2.       Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap

3.       Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris

4.       Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris

5.       Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

GAYA BAHASA
 
1.       Sinkof  - Ku selusuri alam

2.       Personifikasi -desiran ombak dan wajah pelangi

3.       Repitisi -helai demi helai

4.       kata ganda - pohon-pohon kian rapuh


NILAI
 
1.       Nilai kesyukuran - Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2.       Nilai cinta akan Bahasa -Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

3.       Nilai cinta akan alam sekitar -Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

PENGAJARAN
 
1.       Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan. Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2.       Kita mestilah cinta akan bahasa. Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.


3.       Kita mestilah cinta akan alam sekitar. Contohnya, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
.

No comments:

Post a Comment