CERPEN PUNGUT @ZAHARA@YAP SIEW HONG Sinopsis Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia. Tema Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut) Persoalan 1. Persoalan tentang ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 3. Persoalan keikhlasan dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut. 4. Persoalan tentang kasih sayang. Ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. Plot Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa. (ii) Perkembangan Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang. (iii) Konflik Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan. (iv) Peleraian Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya. Teknik Plot / Teknik Penceritaan 1. Pemerian Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik… 2. Monolog “Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah. 3. Dialog “Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya. “Siew Lan.” Jawabnya lambat. 4. Imbas kembali ..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu… Watak dan Perwatakan Watak Utama 1. Mak Timah · Perempuan tua · Selalu sakit-sakit · Ibu angkat Pungut · Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup. · Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit. Watak Sampingan 2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong · Berusia 24 tahun. · Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor. · Anak angkat Mak Timah. · Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu). 3. Bibik · Nenek Pungut. · Berbangsa Cina peranakan. · Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial. Latar Latar Masa 1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan 2. 24 tahun selepas Pungut dewasa Latar Tempat 1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah 2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah. 2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan. 3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya Gaya Bahasa 1. Kata ganda Contoh: digeleng-gelengkan 2. Bahasa pasar Contoh: sueh, loktang 3. Sinkope Contoh: nak, kau 4. Personifikasi Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung Nilai 1. Nilai ketabahan. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 2. Nilai keikhlasan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. 3. Nilai kasih sayang. Ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. Pengajaran 1. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit. 2. Kita haruslah ikhlas memberikan pertolongan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat. 3. Kita haruslah bersikap penyayang. Ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun. . |
Sunday, 6 March 2011
CERPEN PUNGUT @ZAHARA@YAP SIEW HONG
Labels:
Bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment